pulanglah


Trend hari ini dimana apabila tamat sahaja persekolahan, kebanyakan anak-anak muda mula meninggalkan kampung halaman untuk berkerja di bandar dengan alasan peluang pekerjaan yang lebih baik. Hampir semua penduduk kampung di sini mempunyai tanah yang luas dan masih belum pernah diusahakan. Apakah “harta” keluarga mereka ini tidak memberikan mereka mereka hasil yang mencukupi bagi mereka meneruskan kehidupan mereka di sini? Disini saya tidak menuding jari kepada sesiapa tetapi kalau bekerja di bandar sekadar untuk mengelakkan diri daripada membantu keluarga tanam di sini saja baik tak payah. Cuba kita renung-renungkan…ada sangat baik jika kita usahakan tanah-tanah kita di kampuug daripada bekerja makan gaji di bandar. Sekarang ini, banyak tanah yang memang hak orang kampung kini dimiliki orang yang yang berasal dari luar. Mereka datang jauh dari sini untuk mencari tanah untuk menanam tanaman jangka panjang termasuklah kelapa sawit dan getah. Mereka membeli tanah kita dengan harga yang murah tetapi memberikan pulangan yang berlipat kali ganda daripada harga tanah tersebut. Ibubapa  kita juga tidak boleh disalahkan seratus peratus. Mungkin mereka menjual tanah kerana tidak mempunyai pendapatan yang cukup untuk menyara kehidupan mereka serta keperluan anak-anak. Mungkin juga disebabkan mereka tidak lagi dapat bekerja disebabkan usia yang semakin meningkat. Mungkin disebabkan oleh tiada lagi yang mengusahakan tanah tersebut. Apalah salahnya jika kita membuka minda luas-luas. Tanah yang subur di kampung boleh ditanam dengan kelapa sawit, getah, padi dan banyak lagi. Kita pekerja, kitalah bos, kitalah yang menentukan bila masa bekerja, cuti, kitalah yang tentukan apa-apa hal…

Posted in OUR HOME | 2 Comments

jalan ke sokid


Beginilah keadaan jalan yang terpaksa dilalui oleh penduduk di kg. Mandurian, Kg. Sinanggip, Kg.Nibang, dan Kg. Lokos serta kampung-kampung yang berdekatan. Untuk makluman para pelawat blog ini, gambar ini saya diambil ketika dalam perjalanan balik ke kampung halaman (Kg.Mandurian Pitas) pada bulan FEB. Gambar ini hanya boleh menggambarkan sebahagian kecil sahaja jalan-jalan yang rosak. Keadaan jalan ini telah bertambah teruk pada ketika ini, sehingga memaksa para penduduk untuk berjalan kaki berbatu-batu jauhnya untuk mendapatkan barangan keperluan seharian mereka. Perkara ini bukanlah baru bagi penduduk yang tinggal dikawasan ini bahkan keperitan ini sudah dirasai sejak lebih 10 tahun yang lalu lagi. Bukan untuk menyakitkan hati mana-mana pihak(cuma untuk pengetahuan para pembaca), pihak yang berwajib langsung tidak mengambil apa-apa tindakan yang sewajarnya untuk membela nasib penduduk disini. Pada pandangan saya, pembangunan dikawasan ini boleh buat dengan adanya jalan raya yang baik. Dengan adanya jalan raya yang baik di kawasan ini, segala hasil pertanian orang kampung dapat dijual di pasar-pasar. Ini seterusnya akan meningkatkan hasil pendapatan penduduk. Tetapi disini lain pula jadinya…bukan sekadar penduduk sahaja yang dapat tempiasnya, guru-guru yang mengajar khususnya di SK Mandurian, SK Nibang, dan SK Pinapak terpaksa berjalan kaki berbatu-batu untuk mendapatkan kereta “pirates” dan yang lebih buruk lagi ada yang terpaksa menaiki perahu untuk ke Dandun. Pelajar-pelajar SMK Pinggan-Pinggan yang berasal dari sini terpaksa berjalan kaki untuk balik ke asrama SMK Pinggan-Pinggan. Saya bukanlah mahu “memperhebatkan” cerita, tetapi perkara ini juga saya pernah rasai ketika saya dan rakan sekampung yang sebaya masih menuntut di SMK Pinggan-Pinggan dan sekarang pun adik-adik kami masih mengalami perkara yang sama. Perubahan???langsung tak pernah nampak. Sekolah Mandurian yang semakin uzur?? bantuan peralatan komputer yang dibekalkan pun tak sampai ke sekolah Mandurian akibat kenderaan yang digunakan untuk mengangkut terkandas di Kg. Sinanggip. Kalau ada penduduk yang menyuarakan ketidakpuasan hati, ada pula orang “asing”yang marah dengan menyuruh kami supaya teruskan berdiam diri. Apa yang sangat menghairankan, mereka juga mempunyai ahli keluarga yang tinggal disini. Mereka ini hanya tahu bercakap ketika mendengar cerita dari mulut orang lain tanpa melihat dengan mata sendiri, yang memandu kereta di jalan berturap dan bukannya memandu disepanjang jalan Hap Seng, yang hanya basah kuyup kerana lupa membawa payung dan bukannya basah disebabkan menimbus jalan yang rosak dengan batu-batu hampir sepanjang perjalanan. Bagi mereka yang belum “bangun” daripada tidur dari lebih 10 tahun yang lalu, bangunlah, buka mata, cuci muka beruslah gigi, anak-anak anda juga pergi ke sekolah dengan berjalan kaki. Bukalah minda luas-luas..

Posted in OUR HOME | 5 Comments

prakata


hai, saya masih baru dalam bidang seperti ini..sebarang nasihat ataupun komen daripada anda sangat dialu-alukan[admin]

Posted in DISCUSSION | 1 Comment

Hello world!


Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Posted in ANNOUNCEMENT | 1 Comment