pulanglah


Trend hari ini dimana apabila tamat sahaja persekolahan, kebanyakan anak-anak muda mula meninggalkan kampung halaman untuk berkerja di bandar dengan alasan peluang pekerjaan yang lebih baik. Hampir semua penduduk kampung di sini mempunyai tanah yang luas dan masih belum pernah diusahakan. Apakah “harta” keluarga mereka ini tidak memberikan mereka mereka hasil yang mencukupi bagi mereka meneruskan kehidupan mereka di sini? Disini saya tidak menuding jari kepada sesiapa tetapi kalau bekerja di bandar sekadar untuk mengelakkan diri daripada membantu keluarga tanam di sini saja baik tak payah. Cuba kita renung-renungkan…ada sangat baik jika kita usahakan tanah-tanah kita di kampuug daripada bekerja makan gaji di bandar. Sekarang ini, banyak tanah yang memang hak orang kampung kini dimiliki orang yang yang berasal dari luar. Mereka datang jauh dari sini untuk mencari tanah untuk menanam tanaman jangka panjang termasuklah kelapa sawit dan getah. Mereka membeli tanah kita dengan harga yang murah tetapi memberikan pulangan yang berlipat kali ganda daripada harga tanah tersebut. Ibubapa  kita juga tidak boleh disalahkan seratus peratus. Mungkin mereka menjual tanah kerana tidak mempunyai pendapatan yang cukup untuk menyara kehidupan mereka serta keperluan anak-anak. Mungkin juga disebabkan mereka tidak lagi dapat bekerja disebabkan usia yang semakin meningkat. Mungkin disebabkan oleh tiada lagi yang mengusahakan tanah tersebut. Apalah salahnya jika kita membuka minda luas-luas. Tanah yang subur di kampung boleh ditanam dengan kelapa sawit, getah, padi dan banyak lagi. Kita pekerja, kitalah bos, kitalah yang menentukan bila masa bekerja, cuti, kitalah yang tentukan apa-apa hal…

About tulunsokid

masih mentah
This entry was posted in OUR HOME. Bookmark the permalink.

2 Responses to pulanglah

  1. Pulut says:

    Yang ni sukung berabisan. Entahla, buduh apa kalau keluar kampung semata-mata untuk nampak superb mcmla gaji kerja dibandar dgn hanya makan gaji tu tinggi sangat.Padahal buka tanah sendiri bole buat dia milionaire, betulka tu???

    • tulunsokid says:

      tanam kelapa sawit atau getah lagi kaya.apa lagi sekarang ini kerajaan boleh membantu dari segi bantuan bibit mahupun baja serta kursus-kursus yang berkaitan

Leave a comment