jalan ke sokid


Beginilah keadaan jalan yang terpaksa dilalui oleh penduduk di kg. Mandurian, Kg. Sinanggip, Kg.Nibang, dan Kg. Lokos serta kampung-kampung yang berdekatan. Untuk makluman para pelawat blog ini, gambar ini saya diambil ketika dalam perjalanan balik ke kampung halaman (Kg.Mandurian Pitas) pada bulan FEB. Gambar ini hanya boleh menggambarkan sebahagian kecil sahaja jalan-jalan yang rosak. Keadaan jalan ini telah bertambah teruk pada ketika ini, sehingga memaksa para penduduk untuk berjalan kaki berbatu-batu jauhnya untuk mendapatkan barangan keperluan seharian mereka. Perkara ini bukanlah baru bagi penduduk yang tinggal dikawasan ini bahkan keperitan ini sudah dirasai sejak lebih 10 tahun yang lalu lagi. Bukan untuk menyakitkan hati mana-mana pihak(cuma untuk pengetahuan para pembaca), pihak yang berwajib langsung tidak mengambil apa-apa tindakan yang sewajarnya untuk membela nasib penduduk disini. Pada pandangan saya, pembangunan dikawasan ini boleh buat dengan adanya jalan raya yang baik. Dengan adanya jalan raya yang baik di kawasan ini, segala hasil pertanian orang kampung dapat dijual di pasar-pasar. Ini seterusnya akan meningkatkan hasil pendapatan penduduk. Tetapi disini lain pula jadinya…bukan sekadar penduduk sahaja yang dapat tempiasnya, guru-guru yang mengajar khususnya di SK Mandurian, SK Nibang, dan SK Pinapak terpaksa berjalan kaki berbatu-batu untuk mendapatkan kereta “pirates” dan yang lebih buruk lagi ada yang terpaksa menaiki perahu untuk ke Dandun. Pelajar-pelajar SMK Pinggan-Pinggan yang berasal dari sini terpaksa berjalan kaki untuk balik ke asrama SMK Pinggan-Pinggan. Saya bukanlah mahu “memperhebatkan” cerita, tetapi perkara ini juga saya pernah rasai ketika saya dan rakan sekampung yang sebaya masih menuntut di SMK Pinggan-Pinggan dan sekarang pun adik-adik kami masih mengalami perkara yang sama. Perubahan???langsung tak pernah nampak. Sekolah Mandurian yang semakin uzur?? bantuan peralatan komputer yang dibekalkan pun tak sampai ke sekolah Mandurian akibat kenderaan yang digunakan untuk mengangkut terkandas di Kg. Sinanggip. Kalau ada penduduk yang menyuarakan ketidakpuasan hati, ada pula orang “asing”yang marah dengan menyuruh kami supaya teruskan berdiam diri. Apa yang sangat menghairankan, mereka juga mempunyai ahli keluarga yang tinggal disini. Mereka ini hanya tahu bercakap ketika mendengar cerita dari mulut orang lain tanpa melihat dengan mata sendiri, yang memandu kereta di jalan berturap dan bukannya memandu disepanjang jalan Hap Seng, yang hanya basah kuyup kerana lupa membawa payung dan bukannya basah disebabkan menimbus jalan yang rosak dengan batu-batu hampir sepanjang perjalanan. Bagi mereka yang belum “bangun” daripada tidur dari lebih 10 tahun yang lalu, bangunlah, buka mata, cuci muka beruslah gigi, anak-anak anda juga pergi ke sekolah dengan berjalan kaki. Bukalah minda luas-luas..

About tulunsokid

masih mentah
This entry was posted in OUR HOME. Bookmark the permalink.

5 Responses to jalan ke sokid

  1. Pulut says:

    Blog baru buka ka AsamJawa??? Bah, anyway Ilike the way you post kazen. Teruskan berblog.

  2. anizah hamidah says:

    bgus ga tu..utk tatapan bsama.

  3. Terima kasih kerana menguploadkan gambar yg berkenaan kampung nibang dan yang lain2…
    Semua ini berlaku kerana Umno memerintah dlm kerajaan ini… time mengundi semua kata2 manis ahli umno jelas terpapar dibibir tetapi selepas mengundi janji yg pernah dikatakan 1 satu pun tak ada terlaksana…. Borneo tuk borneo…bukan tuk malaya! kita orang sabah bukan orang malaya… jom sama2 kita hancurkan kerajaan Umno yg merampas hak asasi kerajaan sabah!

  4. mailin makanal says:

    bagus jga tu…ini sja tpt kita bersuara

Leave a comment